• Selamat Datang Ke

    Perak Time Bank

    Timebanking merupakan suatu sistem kredit masa di mana setiap jam yang anda melakukan kerja amal boleh ditukarkan kepada 1 kredit.
    Satu jam perkhidmatan kepada seseorang yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Edgar Cahn (pengasas moden Bank Masa)

Apa itu Time Bank?

Kumpulkan kredit bagi kerja amal anda.

Bagi setiap jam yang anda melakukan kerja amal, boleh ditukarkan kepada kredit masa. Kredit-kredit yang dikumpul pada setiap tahun boleh ditukarkan kepada apa-apa habuan yang ditawarkan nanti dalam bentuk perkhidmatan, baucer atau barangan.

Daftar Sekarang!

Visi

Mengeratkan silaturrahim di antara rakyat, pihak swasta dan kerajaan Negeri Perak melalui kegiatan amal untuk kebaikan penduduk Negeri Perak.

Misi

Memberi pengiktirafan kepada sukarelawan di Perak
Menaikkan minat komuniti dalam kerja-kerja amal
Membuka peluang bagi komuniti Perak membuat kerja amal sebagai sukarelawan yang diiktiraf


FASA 1

BIDANG PENJAGAAN WARGA EMAS

Dalam masyarakat yang semakin menua, rakyat boleh membantu Warga Emas yang ingin menua dengan bermaruah. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk formal atau tidak formal.


Formal

Menjalankan aktiviti-aktiviti amal di Rumah Kebajikan Warga Emas samada NGO, Swasta atau hakmilik kerajaan.

Menjalankan aktiviti-aktivi amal sebagai sukarelawan di Persatuan-persatuan atau agensi-agensi yang membantu Warga Emas, cthnya: NASAM Perak atau Dementia Society Perak (Bebelac)



Tidak Formal

Menjalankan penjagaan warga emas secara percuma bagi yang memerlukan bantuan sementara, seperti, mandian, menukar lampin, memasak and memberi makanan, menyediakan ubat-ubatan, menukar dressing dan sebagainya.

Memberi khidmat tanpa bayaran dalam apa-apa bentuk pada warga emas yang memerlukan khidmat bantuan, cthnya: membawa Pakcik Adam ke hospital untuk temujanji beliau dan menemaninya hingga pulang ke rumah, atau menemani Makcik Ai Ling seketika sementara anaknya pergi ke Pasaraya.

Komuniti

Bantuan


Cara Mengumpul Kredit Masa

Langkah Pertama: Daftar Sekarang!

2. Pilih kereja amal yang diminati atau lakukan kerja amal yang diingini selain dari pilihan yang diberi.
3. Buat kerja amal tidak kurang dari 1 jam sekali atau setiap sesi. Setiap jam akan diberi 1 kredit Masa
4. Selepas sudah melakukan kerja amal, bagi yang tidak formal, muat naik gambar sebagai bukti.
5. Pengesahan akan dilakukan oleh pihak kami
6. Kumpulkan sebanyak mana kredit Masa yang anda inginkan.
7. Nantikan pengumuman untuk menebus poin bagi ganjaran yang akan disediakan. Pertukaran kredit Masa boleh dilakukan 4 kali setahun.


Gambar

Kami Ingin Mendengar Daripada Anda!

Hubungi Kami!

Kunjungi Kami

Sunshine Qualicare Sdn. Bhd. (Keusahawanan Sosial), 43 Jalan Canning Estate, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Emel

sunshinequalicare@gmail.com

Hubungi Kami

019 859 3007